- Details
- Super User
- Hits: 5414
KURSUS PENDEK
SINOPSIS
Kolej Komuniti menawarkan kursus pendek bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan taraf hidup, memberi galakan, menanam minat dan mendidik masyarakat mengenai Pembelajaran Sepanjang Hayat (Long Life Learning).
KUMPULAN SASARAN
Semua lapisan masyarakat termasuk peniaga / petani / bekerja sendiri / pesara / suri rumah / ibu tunggal / pelajar sekolah menengah / Orang Kelainan Upaya (OKU) / Siswa IPTA/S / lepasan sekolah / graduan IPTA/S / kakitangan Jabatan Kerajaan dan lain-lain individu yang berminat.
SIJIL PENYERTAAN
Dianugerahkan kepada peserta yang berjaya menghadiri dan menamatkan kursus.
TEMPAT KURSUS / LATIHAN
Kursus dilaksanakan di Kolej Komuniti Tanjung Piai atau lokasi/premis lain mengikut keperluan dan kesesuaian.
TEMPOH MINIMUM
Tempoh mininum kursus adalah selama LIMA (5) jam bergantung kepada kandungan/sukatan kursus yang dirancang. Ia dilaksanakan pada hari bekerja atau pada hujung minggu tertakluk kepada permintaan.
SYARAT PENYERTAAN
Warganegara MALAYSIA berumur LIMA BELAS (15) tahun dan keatas.
YURAN DAN KOS
Bayaran yuran adalah dengan kadar minimum RM5 dan kos tambahan untuk bahan mentah dicaj bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan.
PERMOHONAN
Permohonan Kursus Pendek (<<-- sila klik pautan)
Info/Takwin Kursus/Pegawai untuk dihubungi (<<-- sila klik pautan)